Dunia diciptakan untuk manusia, manusia diciptakan untuk akhirat. Manusia sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak akan pernah tua untuk bertaubat.

Isnin, 26 Disember 2011

Tafsir - Dengar dan Taat (Maryam:75)




            4.   Ustaz Abdul Halim Nasir juga berpesan - hendaklah kita menjadi orang yang mendengar dan  patuh (taat). Jangan menjadi orang yang mendengar tetapi menderhaka apatah lagi suka mengejek-ngejek.

            5.   Mendengar dan taat adalah orang yang baik dan dicintai Allah manakala orang yang taat tetapi tidak mahu mendengar adalah orang patuh membabi-buta yang tidak membawa apa-apa kebaikan sebaliknya membawa laluan ke lembah kedurjanaan.

Alamat-Alamat Kiamat Yang Kecil dan Besar

Ustaz Sharmizan (Kuliah Maghrib - 24/12/2011) menyenaraikan sejumlah tanda-tanda kiamat yang kecil sebanyak 57 perkara diikuti dengan 9 tanda-tanda akhir yang membawa kepada kiamat.

Ternyata kesemua alamat kecil telah pun menjadi realiti yang dapat dilihat dengan jelas dalam dunia dewasa ini. Dunia yang semakin uzur ini cuma menantikan alamat-alamat besar yang akan berlaku diantaranya: Turunnya Nabi Isa, Keluar Dajjal, Imam Mahdi, Keluar Asap menyelubungi bumi, Angin lembut yang mematikan orang mukmin, Yakjuj dan Makjuj dan akhirnya matahari akan naik disebelah barat yang menjadi penanda aras kepada tertutupnya pintu taubat.

Telahan dan sangkaan tentang kiamat telah menjadi begitu rancak dalam dunia berteknologi tinggi ini. Pelbagai buku dan analisis telah dikeluarkan dengan pelbagai sandaran bukti dan sokongan. Perbincangan tentang kiamat telah dibincang secara terbuka dan berleluasa. Paling tragis dinyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada akhir tahun 2012 ini !

Lihatlah alamat-alamat kiamat yang disampaikan oleh Rasullullah untuk menjadi kayu pengukur kepada keyakinan kita terhadap Hari Kiamat. Jangan percaya membabi-buta tanpa sandaran nas yang ada di dalam syariat Islam itu sendiri....

Amalan Yang Kecil Jangan Diremehkan

Jangan remehkan amalan yang kecil sebab implikasinya boleh membawa risiko yang berat. Ketika Ustaz Faisol mengajar Kitab Sohih al-Bukhary (Jilid ke-3 – Edisi Terjemahan Jawi) pagi Sabtu lalu, satu hadis telah dilalui pembacaannya yang matannya seperti berikut:

عن ابن عباس رضي الله عنهما، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه مر بقبرين يعذبان، فقال: إنهما ليعذبان، وما يعذبان في كبير، أما أحدهما فكان لا يستتر من البول، وأما الآخر فكان يمشي بالنميمة. ثم أخذ جريدة رطبة فشقها بنصفين، ثم غرز في كل قبر واحدة، فقالوا: يا رسول الله، لم صنعت هذا؟ فقال لعله أن يخفف عنهما ما لم ييبسا
Hadis riwayat Ibnu Abbas (Radiyalla-huanhuma) daripada Rasulullah S.A.W. - Sesungguhnya Baginda telah melalui dua perkuburan yang sedang diazab lalu Baginda bersabda sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah azab itu berpunca dari perkara yang besar. Salah seorang mayat ini tidak membersihkan kencingnya dengan sempurna manakala seorang lagi suka mengumpat. Kemudian Baginda mengambil pelepah kurma, membelahnya dan menyucukkannya di kedua-dua kubur tersebut. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, Engkau tidak pernah melakukan perkara sebegini. Jawab Baginda:" Mudah-mudahan azab mereka akan diringankan selagi mana pelepah tamar itu belum kering". 

Jumaat, 23 Disember 2011

KHUTBAH - 23/12/2011 (27 MUHARRAM 1433)

Khatib - Ustaz Ramli bin Hj Md Noor (Masa : 20 minit)
Imam - Prof Madya Dr Hj Abdullah bin Hj Abdul Ghani
Bilal - Haji Yusof bin Kasa

Khatib menyentuh mauduk (topik) umur insan dan kematian. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa umur umatnya disekitar 60 hingga 70 tahun sahaja. Apakah persiapan dan persediaan yang diperlukan untuk dibawa sebagai bekalan. Kelekaan dan kelalaian selalu membawa padah kepada kehidupan insan.

Khatib juga menyentuh tentang hakikat kejadian dan maksud manusia diciptakan. Peranannya sebagai khalifah dengan tugas mengabdikan diri mengikhlaskan niat dan tindakan kerana Allah semata-mata. Keperluan untuk mengangkat syariat Allah mesti diberikan prioriti demi kehidupan yang berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat. 

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM

Hasrat untuk mewujudkan blog khas untuk Masjid Hutan Kampung telah lama terbuku. Dalam kesempatan ini, alhamdulillah ianya telah menjadi satu realiti.

Wajar rasanya pembinaan blog ini dipaparkan di alam maya tanpa sempadan untuk memaparkan imej baru kepada kesinambungan program dakwah yang lebih hampir kepada generasi yang mesra multimedia dalam dunia masa kini.

Tentunya ianya lebih respon kepada sikap keterbukaan setiap individu samada di dalam atau diluar lingkungan untuk selalu menjengah dan membuat komen penambahbaikan demi kebaikan bersama.

Marilah sama-sama kita jayakan aktiviti makruf demi survival ummah.