Dunia diciptakan untuk manusia, manusia diciptakan untuk akhirat. Manusia sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak akan pernah tua untuk bertaubat.

Isnin, 26 Disember 2011

Alamat-Alamat Kiamat Yang Kecil dan Besar

Ustaz Sharmizan (Kuliah Maghrib - 24/12/2011) menyenaraikan sejumlah tanda-tanda kiamat yang kecil sebanyak 57 perkara diikuti dengan 9 tanda-tanda akhir yang membawa kepada kiamat.

Ternyata kesemua alamat kecil telah pun menjadi realiti yang dapat dilihat dengan jelas dalam dunia dewasa ini. Dunia yang semakin uzur ini cuma menantikan alamat-alamat besar yang akan berlaku diantaranya: Turunnya Nabi Isa, Keluar Dajjal, Imam Mahdi, Keluar Asap menyelubungi bumi, Angin lembut yang mematikan orang mukmin, Yakjuj dan Makjuj dan akhirnya matahari akan naik disebelah barat yang menjadi penanda aras kepada tertutupnya pintu taubat.

Telahan dan sangkaan tentang kiamat telah menjadi begitu rancak dalam dunia berteknologi tinggi ini. Pelbagai buku dan analisis telah dikeluarkan dengan pelbagai sandaran bukti dan sokongan. Perbincangan tentang kiamat telah dibincang secara terbuka dan berleluasa. Paling tragis dinyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada akhir tahun 2012 ini !

Lihatlah alamat-alamat kiamat yang disampaikan oleh Rasullullah untuk menjadi kayu pengukur kepada keyakinan kita terhadap Hari Kiamat. Jangan percaya membabi-buta tanpa sandaran nas yang ada di dalam syariat Islam itu sendiri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan