Ustaz menjadi tersekat-sekat dalam penyampaian kuliahnya pagi Sabtu lepas. Sebak. Dia tidak dapat menahan rasa pilunya dengan peristiwa yang amat menyedihkan itu; khasnya sewaktu melakarkan sifat, karekter dan kehebatan peribadi Rasullah S.A.W., isterinya dan para sahabat ketika berhadapan dengan ujian Allah yang sangat berat.
Isunya adalah Hadis al-Ifki - kisah fitnah yang berlaku di zaman Rasullah S.A.W. ke atas isterinya Sayyidatina Aisyah. Imam al-Bukhary meriwayatkan hadis dalam Kitab Sohihnya dengan satu periwatan hadis yang agak panjang. Rujuk pautan dibawah untuk maklumat penuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan